96

 1996 - Ya, itulah tahun yang ditakdirkan sebagai permulaan perjalanan penuh warna kerjaya aku sebagai doktor, jururawat, pemandu, jurulatih, pekerja rencam dan banyak lagi.


Nampak banyak tapi semua itu adalah pakej bila bergelar 'guru'.


Benar, pekerjaan paling marabahaya. 


Kenapa? 


Kalau kau silap, 3 keturunan akan terkesan. 


Sebelum melangkah 2 kaki ke dalam pagar Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, aku sempat dengan berlagaknya masuk 2 universiti.


1 tempat, aku pulang awal kerana kebosanan dengan persekitaran yang berbukit-bukau. 


Aku ini pencinta neon. Kalau setiap malam hanya lampu 30 watt kuning menghiasi koridor, aku tewas. Selepas 2 minggu penuh kelesuan, aku lari pulang.


Tapi apakan daya, sampai saja di rumah, ada sekeping lagi surat tawaran. 


Yes! Bandaraya penuh cahaya. Aku kembali menjadi mahasiswa. Tapi...


Selepas semester pertama, aku gagal. Kali ini gagal kerana terlalu banyak lampu neon... Aku tewas juga.


Akhirnya, mohon kursus perguruan. Berjaya walau tidak bagai dipinta. Sebenarnya, ini lebih kepada melarikan diri dari amukan arwah bapa aku yang marah aku gagal 2 kali kerana lampu neon tadi...


19 September 1996, hari pertama di Sungai Petani, menjelang malam, tiada lagi neon tapi kebosanan tetap sama. Namun, itu malam pertama. 


Apa seterusnya? Nanti aku sambung.


Apapun, terima kasih kepada yang sudi menjenguk blog ini.


Terima kasih juga kepada Mr Justin yang membina blog ini dan menjemput aku. 


Harap semua santai tanpa santau.

Comments

Post a Comment

Popular Posts