Backpacker

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Backpacker...

Ini antara kegiatan bermoral aku zaman mula kerja dulu. Tiap kali cuti penggal, isi pakaian semuat sebuah beg galas dan naik bas ekspres mengembara ke mana saja hati berbisik.
Sampai di kaunter, baru tentukan destinasi. Ni sekitar 2001 ke 2003. Zaman tu aku menjual penyekeh di Kelate.



Antara negeri yang sempat diziarah ialah Penang, Perak, Johor, Melaka, Pahang, Perlis, WP KL. Zaman ni juga, teknologi komunikasi tidak secanggih sekarang. Lebih tenang sebenarnya. Sampai satu tempat, hanya aku dan alam serta makanan. Tak perlu terwajib nak muatnaik ke media soSIAL.

Ni di Batu Feringghi. Ambil.gambar depan restoran mahal tapi makan nasi bungkus gerai depan Nando's tu saja. Gambar ni pula, ihsan seorang pelancong New Zealand. Dia tolong ambil, lepas tu kami bertukar email. Gambar aku dengan dia juga ada tapi sebagai menghormati bulan Romadzon, aku KIV dulu gambar tu.

Sepanjang berkelana ni, pelbagai kenangan dapat. Juga kenalan baru, menu baru dan dimensi baru silang budaya. Faham saja, di Kelate, majoriti Melayu dan budaya agak 'stereotype' pada satu bangsa.

Jadi, bila lihat suasana baru tempat orang, banyak aku belajar.
Di Ipoh, aku dapat cuba kopi campur marjerin.

Di Penang, jumpa char ko tiau udang bawah jambatan di Terminal Bas Butterworth.
Di Klang, tidur di bilik mayat sebab jumpa kawan sekampung yang kerja situ. Dia ajak lepak dan tidur tempat dia kerja, ada 'aircond' katanya.

Gembira tak terkata. Tapi bila sampai di lokasi, aku redha.

Bagi aku, masa muda, buatlah apa saja ikut kata hati tapi pastikan dalam kepatuhan sivil dan syariah.

Bila sudah berkeluarga, jalan-jalan dengan keluarga pula, cuma bezanya, tak perlukan Waze untuk cari sesebuah tempat kerana ada antaranya, aku sudah jejak.

Muda cara muda, tua cara tua. Ilmu ni bukan di maktab atau U saja, tapi sekeliling, sepelusuk alam. Tepuk dada, tanya menu saja....

by Cikgu Ahmed

Comments

Popular Posts