Ayam Bukan Sekadar Rupa

Fuh. Tolong bini muda di dapur hari ni. Menu nasi ayam.

Jangan nak kutuk aku tayang makanan pula, lepas tu banding dengan orang yang tak mampu nak makan ayam.

Makan ni, wajib kena ada. Kena bagi anak-anak, isteri kenyang. Tu tanggungjawab. Kalau ada yang terkesan dengan pandemik, andai dapat khabar, kita bantu apa patut sekadar manpu. Bantu jangan sampai diri sendiri pula mampus.

Bab ayam tu, itu bukan hangit tapi tu ayam salut kicap dan goreng. Rebus dulu sekejap, perap kicap 3 jenis dan goreng sekejap.

Nampak macam menu

Hebat

walau hakikat, hanya 1 jenis lauk. Malam goreng mi atau bihun. Bukan nak jimat beras tapi nak urus bekalan dalam rumah cara berhemah.

Risau kalau aku sidai spenda putih, tak pasal ada yang datang letak beras walau lebih ramai memerlukan.

Setengah manusia, pandang pada rupa dan keadaan, terus buat taksiran. Belum lihat atau rasa lagi. Ibarat ayam dalam gambar, nampak hitam, anggapannya, hangit.

Tidak apa. Biarkan saja apa orang nak anggap atau cakap. Kita saja yang tahu dan merasai.
Ada orang, duduk rumah kayu, atap nipah tapi makan ikan keli segar, sayur putih bayam tanam sendiri.

Ada orang, duduk banglo 2 tingkat, kereta harga ratusan ribu tapi makan nasi dengan bilis goreng dan kicap saja.

Ada yang pendapatan 500 tapi tidak perlu fikir LPPSA.

Ada gaji 5000 tapi pelbagai tanggungan.

Kita semua tidak sama. Kita sama doakan semua dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Jika nak bantu, bantu saja, jangan menilai. Jika tidak mampu bantu, diamkan saja.

Kita semua tidak sama...

Makan nasik luh.



Cikgu Ahmed

Comments

Popular Posts