Redeployment

Redeployment...

Kisahnya, 2 minggu lepas, pengasuh hero aku mohon berhenti mengasuh.

Sebab, pengasuh dan suaminya hanya kerja mengasuh dan urus budak sekolah transit sebagai mata pendapatan. Si isteri jaga yang kecil. Si suami jaga yang besar serta murid sekolah transit selepas sekolah.

Bila mula PKP, total selockdown, mata pencarian mereka memang terjejas. Hilang hampir 70%.

Aku tetap hulurkan juga separuh dari kos sebulan walau tak hantar anak. Tapi ada juga sesetengah yang tidak bayar bila tak hantar.

Jadi, pengasuh terpaksa cari kerja dan rezeki mereka, suaminya dapat kerja di sebuah kedai hardware, isteri dapat kerja kilang buat kopi.

Aku pun tumpang gembira mereka dapat lestarikan rezeki walau hero aku pula kena memo redeploy.

Alhamdullilah, kita doakan orang, kita mudahkan orang, bila tiba masa, urusan kita pun jadi mudah.

Dapat pengasuh baru yang lebih dekat dengan rumah dan kebetulan pula pengasuh tu rakan satu sekolah bini muda aku. Maka silaturahim mereka sudah sedia ada.

Nampak tak? Jangan berkira dengan orang yang memerlukan. Jangan mengeluh dengan apa saja perkara.

Diakui, zaman sekarang, agak susah nak dapatkan pengasuh ala kampung. Ramai mengasuh atas dasar komersil semata-mata. Sebab tu aku lebih suka cari orang-orang B40 kerana mereka lebih memerlukan.

Semoga semua ahli keluarga, rakan taulan dan saudara mara kita yang terkesan secara ekonomi akibat wabak durjana ini, dipermudahkan rezeki mereka.

Ok bye, nak jogging sekejap cari stamina. Bini muda cakap dia dah tak lenguh. Tidak terikat dengan pantang aktiviti berat dah. Fushhh.

by Cikgu Ahmed

Comments

Popular Posts