Bossku Peyapu Lantai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tu GB aku dalam gambar. Selamba kapak saja menyapu lantai. Kalau dia tahu aku 'up' gambar ni, kena marah dah aku sebab dia tak suka amalan baiknya dilihat.


Tapi aku berani sebab minggu ini adalah minggu terakhir beliau sebagai pendidik.
Aku fokuskan perkataan 'pendidik', bukan 'pentadbir' tu bersebab.

Bos aku ni tidak pernah bagi arahan tapi ayatnya " Minta tolong ya cikgu-cikgu, kita pakat buat no".

Juga tidak pernah menuding telunjuk bila bekerja tapi menunjuk teladan.
Kami mengecat, dia mengecat. Kami buat garisan balapan, dia pun sama duduk tengah panas.

Bab sedekah, malas aku nak cerita, cuma yang aku tahu, dia cukup murah rezeki.
Satu perkara lagi, bos aku menilai bukan pada apa didengar tapi pada apa dilihat. Memang takkan jumpa aircond 3hp atau kipas 5 bilah berlegar sekitar beliau kerana takkan berhasil kipasan tersebut.

Saja aku tunjukkan amalan baik seorang pentadbir kerana sehari dua ni, agak panas juga isu PGB salahguna zakat.

Kes dalam siasatan tapi aku sedih kerana seorang terbabas, pandangan serong terarah pada seluruh organisasi.

Dunia sekarang, hanya menunggu saja sesuatu isu, pasti ditular, dipotretkan seolah-olah semua terlibat.

Kenapa perlu menyuluh salah orang lain? Kalau benar ia menyalahi undang-undang, biarkan saja siasatan dan penghakimi menjalankan kerja mereka.

Semoga dalam kemelut pandemik sekarang, kita banyakkan merenung pada kenapa kita diuji. Adakalanya kita tidak buat salah tapi banyak menyalahkan juga adalah laluan dosa.

Buat Cikgu Tajudin Mat, selamat menempuh alam persaraan. Terima kasih tidak terhingga atas segala tunjuk ajar, pesanan dan ilmu yang diberi. Semoga kekal sihat dan murah rezeki serta ucapan...

" Depa kata ADV 750 naik bukit tak ghasa apa..."

by Cikgu Ahmed

Comments

Popular Posts