Kucing


Kucing juga makhluk Tuhan

Ahli Baru..

Buka pintu pagi tadi, disambut pandangan hiba makhluk belang ini.Dari sinar mata, jelas terpancut aura kelaparan. Terus aku masuk dalam rumah dan ambil makanan serta air. Risau andai tercekik.

Panggil hero aku keluar dan bukan main seronok dia dapat tengok kucing live 3D.
Kucing ni baru dalam database ni. Tak biasa key-in lagi kehadiran dalam sistem kucing rayau rumah aku.

Tapi apa salahnya bagi makan sikit. Sedangkan adik-adik misi pelatih pun ada masa aku suap double cheese burger happy meals ( set happy meals murah dari set biasa ), inikan pula makhluk yang kelaparan.

Kucing siapa? Dari mana? Aku tak nak ambil tahu. Ia nak berak depan rumah ke apa ke, itu aku belum tahu.

Selalu juga kucing jiran atau perayauan antarabangsa masuk dalam kawasan rumah, aku tak pernah halau.

Memang stok makanan kucing selalu ada walau aku tak bela kucing. Ibarat nak menikah 2 la kan, niat sentiasa ada walau peluang tiada.

Sahabat semua, nak buat benda baik, kebajikan ni, tidak susah. Juga tidak menyusahkan. Kita yang tentukan sasaran dan objektif.

Ada sikit, cara sikit. Ada banyak, cara banyak. Tak mampu hulur jauh, hulur dekat-dekat.
Sesungguhnya andai kita celik komuniti, kita pasti tahu siapa dalam radius terdekat memerlukan bantuan. Tak perlu mereka susah payah nak kibar spenda putih andai semua masyarakat cakna dan peka.

Ok bye. Masak sekejap. Kucing makan, anak-anak pun pastinya kena makan. Jangan kebajikan mendahului tanggungjawab...

by Cikgu Ahmed


Comments

Popular Posts