Cerita Si Belacan...

Cerita si belacan...



Semasa kelas pdpr online berlangsung 2-3 bulan yg lepas, murid saya, Ramund ada beritahu saya, 
“cikgu, saya mungkin tidak dapat ikut kelas pdpr online cikgu, tapi saya janji akan buat setiap tugasan yg cikgu beri!” 

Saya tanya “kenapa tak dapat ikut kelas? Kamu dah Tingkatan 5 tahun ni!”

“Saya kerja cikgu!”

Saya tak nak tanya lebih, saya tahu mak dia berstatus ibu tunggal, dan saya hormat keputusannya andai kata dia betul-betul bekerja utk membantu ibunya. Saya faham yg ibunya hanya bertugas sebagai cleaner sahaja. Terlalu faham. 

Tapi saya pesan, “tak apa, nanti kamu check dlm group whatapps tentang tugasan yg cikgu beri ya. Kalau ada yg kamu tak faham, tanya saya!”. 

“Baik cikgu”, jawabnya ringkas!

Seminggu sebelum pelajar sekolah menengah nak bermula, dia hubungi saya balik, “cikgu, saya balik lambat sikit nanti ya. Saya tunggu gaji, baru saya balik!”. 

Emaknya pun ada menghubungi saya, “cikgu, anak aku laun mimit pulai ila, ti ia udah gaji baru ia pulai au!”.

Saya beritahu dia, “nanti kalau dah sampai Kuching, kalau nak cikgu ambil kat terminal, maklum awal ya!”

Tetiba hari ni, bila saya masuk kelas, saya terkejut tengok si Ramund ada dlm kelas sambil tersengih. 

“Aik, bila kamu sampai Ramund?”. 

“Semalam cikgu!”

“Cikgu, ni semua tugasan yg cikgu beri semasa pdpr online tempoh hari. Saya dah siapkan cikgu!”

Sedih tengok muka pelajar saya ni.

Sehinggalah habis kelas, tetiba dia panggil saya, “cikgu saya nak jumpa cikgu sekejap. 

"Mak ada kirimkan belacan utk cikgu! Belacan Miri cikgu! Mak saya sendiri yg buat, masih baru lagi tu cikgu!”

Ya Allah, saya pandang muka pelajar saya ni. Entah kenapa terbit rasa sayu dlm sanubari saya bila menatap wajahnya. Saya kenal dia sejak dari Tingkatan 1. Saya pernah melatih dia. Saya tahu karekter dia macam mana. Dia antara pemain & pelajar yg rapat dengan saya. Satu yg saya suka dengan sikap dia, sikap kepimpinan yg ada pada dia. Mungkin akademik Ramund agak kurang, tetapi dia adalah playmaker bila berada di atas padang! Dia mungkin kurang bab akademik, tetapi dia bukan pelajar yg malas dalam buat kerja. Itu yg saya puji tentang Ramund ni!

Saya tak sedar saya memeluk dia! “Kenapa la susah-susah bagi cikgu belacan ni Mund? Banyak ni!”. 

Tapi ayat dia yg sedih saya dengar, “cikgu pun banyak tolong saya! Kalau takat belacan ni, apa lah sangat jika nak dibandingkan dengan apa yg cikgu dah buat selama ni kepada saya! Mak saya yang beria-ia nak bagi cikgu. So saya tolong dia buat khas utk cikgu!”

Saya call emaknya, “makcik, kenapa susah-susah kirimkan belacan utk saya?” 

Mak dia jawab, “mana ada susah cikgu, lagipun sekarang ni memang musimnya. Cikgu jagalah anak saya dengan baik. Ajar dia cikgu, tahun ni dia nak menduduki SPM dah!”

Belacan... ya, sekadar belacan! Tetapi percayalah, ia memberikan banyak makna kepada diri saya pada hari ini. Lebar senyuman bukan sebab dapat belacan Miri, tapi makna disebalik belacan itu sendiri. Terasa dihargai! Tak ternilai dan tak terungkai dengan kata-kata!
Dalam-dalam sibuk, dalam-dalam stress, saya tersenyum dengan rahmat hari ini! Terima kasih Tuhan! Terima kasih Ramund! Terima kasih Emak Ramund! Made my day!

Puji Tuhan!

Anang jai enggau urang! (Jangan berbuat jahat dengan orang)

Dikongsikan oleh: Cikgu Resa Reza Billie

Comments

Popular Posts