Jenis Umbut Hutan Yang Boleh Dimakan Berdasarkan Kaum Iban Sarawak

Salam sejahtera rakan CSM, bertemu kembali kita diruangan CSM kali ini. Jika semalam kita bercerita tentang contoh buah-buahan hutan yg boleh dimakan mengikut versi kaum Iban, hari ini saya kongsikan sedikit ilmu tentang contoh umbut-umbut hutan yg boleh dijadikan kudapan versi makanan rimba jika kalian bertandang ke dunia hutan. Saya lebih senang bercerita melalui sudut pandang kaum Iban kerana saya dilahirkan di rumah panjang dan hutan adalah nadi kehidupan kami, malahan kami menggelarkan hutan adalah “peti ais” kami. Pengetahuan ilmu berkaitan dengan bab-bab mengenali makanan dan kudapan telah diterapkan oleh orang tua kami dalam meneruskan kelangsungan hidup jika berada di dalam hutan. Oleh yang demikian, utk kali ini, saya berkongsikan contoh-contoh umbut hutan yg kalian boleh jadikan rujukan melalui versi kaum Iban ya. Mungkin ada di antara umbut ini boleh dijumpai di hutan semenanjung, tetapi ada di antaranya mungkin hanya di dapati di hutan Borneo, kalau pun ada di hutan semenanjung, mungkin kalian tak menyangka bahawa umbut itu boleh dimakan kerana khuatir ia beracun dan sebagainya.

Apa pun, bagi kebanyakkan kes, umbut hutan ini kita biasa perolehi daripada pokok jenis palma, tetapi ada diantara umbut ini kita boleh jumpa daripada kategori buah-buahan, sebagai contoh, umbut pisang kera dan umbut buah nanas!

Oleh yg demikian, saya sedaya upaya berkongsikan ilmu agar memberikan manfaat kepada rakan yg dihormati sekalian. Utk dah dah tahu, anggaplah ia sebagai tambahan ilmu, bagi yg baru tahu, sekurang-kurangnya kalian mendapat ilmu yg baru dalam group CSM ini. Semoga info kali ini bermanfaat ya.


Sekian.

Jangan tutup lampu.

Ikhlas,

Cikgu Resa Reza Billie

Guru PJK anda

Anak Rumah Panjai

Comments

Popular Posts